Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Gangguan Air di Bandar Bukit Puchong Pulih Sepenuhnya – Air Selangor

By 5 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 5Ā Mei (Malaysiaaktif) – Gangguan bekalan air di Bandar Bukit Puchong 1 hingga 9 di Petaling serta Bandar Bukit Puchong 10 hingga 17 di SepangĀ pulih sepenuhnya hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, dalam kenyataanĀ berkata kerja pembaikan paip sambungan bekalan air ke Apartment Baiduri Court juga dijangka siap pagi ini.

ā€œPenduduk (Apartment Baiduri Court) juga telah mendapat bekalan air alternatif melalui lori tangki terus ke tangki sedut,ā€ katanya.

Dalam pada itu, Elina turut menasihati pengguna agar menggunakan air dengan berhemat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Katanya, sebarang maklumatĀ  berhubung status terkini perkhidmatan Air Selangor boleh dicapaiĀ menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang di www.airselangor.com.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda