Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KPDNHEP Siasat Hospital Swasta Kenakan Harga Penutup Hidung dan Mulut RM11.20 Sekeping

By 16 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang didakwa mengenakan harga penutup hidung dan mulut tiga lapisan melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

Pengarahnya Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pemeriksaan dibuat susulanĀ aduan orang awam yangĀ dikenakan bayaran RM201.60 bagi 18 keping penutup hidung dan mulut tiga lapisan.

“Harga itu terlalu tinggi iaitu bersamaan RM11.20 sekeping berbanding harga maksimum yang ditetapkan sebanyak RM1.50 sekeping,” katanya dalam satu kenyataanĀ semalam.

Beliau berkata beberapa dokumen berkaitan transaksi dan juga penutup hidung dan mulut telah disita daripada hospital swasta berkenaan bagi tujuan siasatan, dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi kesalahan di bawah Seksyen 11 iaitu menjual atau menawarkan untuk menjual barangan harga terkawal (penutup hidung dan mulut tiga lapisan) melebihi harga maksimum.

Beliau juga berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada KPDNHEP dengan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan melaluiĀ talian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088/ 6245 di Enforcement Command Centre (ECC) atau e-mel keĀ http://e-aduan.kpdnhep.gov.my.

Sementara itu di KOTA KINABALU, Sabah, Ketua Polis Daerah ACP Habibi Majinji berkata pihaknya menerima 24 aduan mengenai kes penipuan membabitkan penjualan penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman melibatkan kerugian sekitar RM147, 329 di daerah Kota KinabaluĀ sejak penularan COVID-19 di kesan dalam negara.

Beliau berkata kesemua kes penipuan berlaku disebabkan pengadu tertarik dengan tawaran untuk mendapatkan penutup hidung dan mulut di media sosial.

“Pengadu kemudiannya membuat pembayaran secara dalam talian kepada orang-orang yang dianggap sebagai penjual, tetapi apabila barangan yang ditempah tidak sampai dan penjual berkenaan juga tidak dapat dihubungi, pengadu berasa diperdaya dan seterusnya membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda