Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

JSPT Buka Kaunter Bayaran Saman Mulai 18 Mei

By 16 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)Ā  BukitĀ Aman akan membuka kaunter perkhidmatan di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) secara berperingkat mulai 18 Mei ini.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata ia bertujuanĀ memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman serta pembekalan dokumen-dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.

Beliau berkata kaunter perkhidmatan akan dibuka pada Isnin hingga Rabu bermula pukulĀ 9.00 pagi hingga 2.00 petang bagi IPK Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya sertaĀ Labuan).

Pada hari Jumaat, kaunter akan dibuka pada 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari melibatkan kesemua kontinjen berkenaan.

Bagi IPK Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu kaunter hanya beroperasi pada hari Isnin, Rabu dan Ahad dariĀ 9.00 pagi hingga 2.00 petang, kata Azisman.

Beliau menyeru orang ramai yang ingin berurusan di kaunter-kaunter itu agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan.

ā€œJSPT memahami kekangan kewangan masyarakat sepanjang tempoh PKPB bagi mengawal pandemik COVID-19 dan persiapan sambutanĀ Aidilfitri.

ā€œBagi meringankan bebanan ini, JSPT menawarkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus bagi saman-saman terpilih jika membuat pembayaran secara dalam talian melalui dua portal yang ditetapkan JSPT,ā€ katanya.

Azisman berkata dua portal berkenaan adalahĀ www.myeg.com.myĀ danĀ www.rilek.com.myĀ selamaĀ empat hari bermula 18 Mei hingga 21 Mei ini.

ā€œJSPT menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi PKPB yang sedang dikuatkuasakan demi kebaikan bersama,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda