Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Patuh SOP atau Premis Ditutup – KP Kesihatan

By 2 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Mana-mana premis perniagaan atau kilang yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika beroperasi dalamĀ Ā tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)Ā akan dikenakanĀ tindakan tegas, termasuk penutupan premis berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jika terdapat kes aktif COVID-19 dikesan diĀ premis atau kawasan berkenaan, arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan.

“Contohnya, jika adaĀ penularan kes di sesuatu kawasan kita akan jalankan PKPD iaitu kita akan tutup kawasan tesebut dan kita akan laksanakan saringan danĀ akan asingkan mereka yang positif dan kuarantinkan mereka yang ada kontak rapat di lokaliti tersebut sama ada di kawasan kilang ataupun sebagainya.

“SOP adalah amat jelas jadi adalah penting untuk mematuhi SOP. Jika mereka tidak mematuhi SOP maka kita akan tutup lokaliti atau premis terbabit,” katanya pada sidang media harian berkaitan COVID-19 di sini semalam.

Beliau berkataĀ pihaknya dari semasa ke semasa akan memantau pematuhan SOP itu danĀ tindakan penguatkuasaan turut akan dijalankan bersama beberapa pihak lain yang terlibat seperti pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menjawab pertanyaan sama ada KKM terlibat dalam menyediakan nasihat berhubung keputusan kerajaan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), beliau berkata keputusan itu dibuat secara kolektif.

“Secara asasnya KKM akan menyediakan nasihat itu, tidak seperti semasa kes memuncak, kami sedikit bimbang ketika itu beberapa minggu lepas kerana terdapat peningkatan yang ketara.

“…kini adalah jelas kita berada dalam fasa pemulihan, jika kita terus berbuat demikian, langkah ini akan terus menjadikan situasi bertambah baik,” katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan PKPBĀ dengan membenarkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial mulai 4 Mei ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor HishamĀ berkata Malaysia telah memenuhi enam kriteria yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk melaksanakan PKPB, antaranya kawalan sempadan masih kekal dan diperketatkan serta kemampuan fasiliti KKM dalam menguruskan wabak ini.

“Pada 14 April, kita berjaya landaikan dan hari ini, kes terkawal dan kita dapati ada dua angka, jadi berertiĀ kita berjaya landaikan lengkuk dan berjaya elakkan peningkatan kes mendadak,” katanya.

Ketika ditanya sama ada KKM akan memperkenalkan garis panduan baharu agar orang awam memakai penutup hidung dan mulut ketika keluar rumah, Dr Noor Hisham berkata buat masa ini, mereka hanya digalakkan berbuat demikian ketika berada di tempat awam, dan pihaknya belum bercadang untuk mewajibkan penggunaan penutup hidung dan mulut.

“WHO telah memaklumkan bahawa penggunaan penutup hidung dan muka hanya untuk mereka yang bergejala dan di tempat awam, atau bila banyak berurusan dengan orang awam, mereka kena pakai penutup hidung dan mulut.

“Tetapi sekarang ni kita hanya menggalakkan orang awam pakai penutup hidung dan mulut kalau mereka perlu keluar rumah dan (berada) di tempat awam,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda