Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tidak Boleh Solat di Luar Masjid – Ismail Sabri

By 16 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: FBĀ Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA, 16 Mei (Malaysiaaktif) –Ā IndividuĀ yang namanya tidak tersenarai dalam senarai jemaah yang dibenarkan sembahyang di masjid, dilarang untuk hadir atauĀ menunaikan solat di luar masjid, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara yang perlu dipatuhi, menyatakan tidak boleh bersolat di luar masjid, sepanjang pelaksanaan PKPB.

ā€œKita telah bersetuju setiap kali solat Jumaat dan sebagainya, pihak polis dan RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) akan berkawal, bagi mengawasi pematuhan SOP di masjid dan surau yang dibenarkan, untuk laksanakan solat berjemaah,ā€ katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian, susulan terdapatĀ laporan mengenai individu yang tidak berada dalam senarai 30 jemaah, munculĀ menunaikan solat di luar masjid.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, hampir kesemua 25 masjid dan 30 surau Jumaat di Wilayah Persekutuan, telah mematuhi SOPĀ solat Jumaat semalam.

Ditanya mengenai amalan sesetengah masjid yang menjalankan aktiviti takbir hari raya dari rumah ke rumah, beliau berkata, aktiviti itu tidak dibenarkan pada sambutan Aidilfitri kali ini.

“Kita bimbang terlalu ramai yang berkumpul nanti, kerana mereka bergerak dari rumah ke rumah dan sukar untuk memastikan jarakan sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail yang jugaĀ Menteri Pertahanan turut mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda