Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

11 Lelaki Dikompaun Main Bola Sepak Awal Pagi

By 29 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Sebelas lelaki yang sedang leka bermain bola sepak masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas ditahan di taman permainan Taman Bagan, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sepasukan polis yang menjalankan rondaan di kawasan itu pada 1.30 pagi mendapati 11 lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun itu sedang bermain bola sepak di taman berkenaan.

“Ketika disoal siasat mereka mengaku mengetahui mengenai larangan bermain bola sepak ketika PKPP, namun masing-masing ingkar dan gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19,” katanya satu dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU sebelum polis mengeluarkan kompaun setiap seorang kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Beliau turut meminta kerjasama agar orang ramai di daerah itu supaya  terus memberikan kerjasama dengan mematuhi PKPP kerana penularan pandemik COVID-19 belum berakhir.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda