Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pengguna Bijak Bandingkan Harga Sebelum Membeli

By 29 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Tengku Saifulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)

MENGABANG TELONG, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Meskipun pengguna resah kenaikan harga barang mentah seperti ayam yang meningkat berbanding sebelum ini, namun aliran kenaikan ini dilihat masih terkawal.

Suri rumah, Akma Mohamad mengaku berpuas hati kerana masih dapat menikmati harga barangan mentah seperti ayam pada harga berpatutan.

“Masalah kenaikan harga adalah fenomena yang bersifat sementara dan pengguna perlu bijak membuat perbandingan harga sebelum berbelanja,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Suri rumah, Akma Mohamad.

Suri rumah, Akma Mohamad.

Seorang lagi pengguna Siti Noor Awang berkata, walaupun ada yang mengeluh harga ayam yang semakin tidak menentu sehingga mencecah RM9.00 sekilogram, pengguna mempunyai pilihan kedai atau pasar yang menawarkan harga jauh lebih murah sesuai dengan bajet mereka, termasuk di pasar raya.

“Harga barangan mentah seperti ayam berbeza-beza mengikut tempat dan saya akan memilih kedai yang menawarkan harga murah sahaja,” katanya.

Siti Noor Awang berkata, beliau akan memilih kedai yang menawarkan harga murah sahaja.

Siti Noor Awang berkata, beliau akan memilih kedai yang menawarkan harga murah sahaja.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid yang melawat Haji Din Ayam (HDA) Poultry Sdn Bhd di Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit di sini berkata, siasatan mengenai perbezaan harga ayam akan dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar keadaan itu sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid mendengar penerangan yang disampaikan oleh pihak Haji Din Ayam (HDA) Poultry Sdn Bhd.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid mendengar penerangan yang disampaikan oleh pihak Haji Din Ayam (HDA) Poultry Sdn Bhd.

“Isu kenaikan harga ayam ini bergantung kepada bekalan dan permintaan daripada pengguna. Menurutnya lagi, pihaknya telah memaklumkan kepada pihak industri sekiranya harga yang dikenakan tidak munasabah, tindakan lanjut akan diambil iaitu dengan menetapkan harga siling ayam,” ujarnya.

-ii-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda