Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

333 Individu Pulih, 11 Kes Baharu

By 17 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 17 Jun (Malaysiaaktif) РSeramai 333 individu pulih daripada COVID-19 dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya 7,733 kes iaitu 90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah individu yang pulih itu, 307 daripadanya merupakan bukan warganegara, manakala 26 kes dalam kalangan warganegara.

Sehingga 12 tengah hari ini terdapat 11 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,505 kes.

Menurutnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 651 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

‚ÄúIngin dimaklumkan daripada 11 kes baharu yang dilaporkan, satu kes adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 10 kes penularan di dalam negara, enam kes adalah bukan warganegara, manakala empat¬†kes adalah dalam¬†kalangan warganegara Malaysia,‚Ä̬†katanya dalam kenyataan¬†semalam.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda