Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Kedai Gunting Rambut Diserbu Pelanggan

By 11 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Fitri Jasni/Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi dan perkhidmatan kembali beroperasi sejak diarahkan untuk ditutup pada 18 Mac yang lalu susulan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Perniagaan di sini turut kembali rancak khususnya buat kedai gunting rambut dan salon yang telah dibanjiri pelanggan seawal jam 8.00 pagi.

Namun begitu, bersesuaian dengan norma baru, terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh pengusaha perniagaan bagi memastikan keselamatan pelanggan terjamin.

Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah pekerja perlu memakai pelindung muka (face shield), apron pakai buang dan sarung tangan semasa melayan pelanggan serta menyediakan pembasmi kuman tangan di premis mereka.

Pengusaha juga perlu memastikan kehadiran pelanggan direkodkan, bilangan pelanggan tertakluk kepada keluasan premis dan pelanggan tidak dibenarkan menunggu di dalam premis, kecuali penjaga kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun serta memastikan jarak selamat sekurang-kurangnya dua meter antara kerusi dan tidak berkongsi tuala yang sama bagi setiap pelanggan.

WhatsApp Image 2020-06-10 at 16.19.52

Maklumat pelanggan direkodkan sebelum perkhidmatan diberikan.

Menurut salah seorang pelanggan, Rashid Maidin, beliau usaha kerajaan dengan membenarkan lebih banyak perniagaan dibuka untuk memajukan semula ekonomi harus dipuji.

“Saya terkejut melihat kehadiran ramai orang pagi ini yang menunggu giliran untuk menggunting rambut dan ini membuktikan usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam mengawal COVID-19 menunjukkan perkembangan yang positif,” ujarnya ketika ditemui.

Disamping itu, bermulanya PKPP, Jabatan Penerangan turut berkesempatan untuk melakukan hebahan unit bergerak dengan lebih kerap bagi memastikan masyarakat ambil maklum mengenai PKPP dan segala peraturan dipatuhi.

-AK

Tinggalkan komen anda