Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Malaysia Catat Tujuh Kes, Kali Pertama Satu Angka Direkod

By 9 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Malaysia pertama kaliĀ mencatatkan satu angkaĀ kes COVID-19 apabila hanya tujuh kes baharu dicatatkan pada pengumumanĀ hari ini, iaitu yang terendah pernah dicatatkanĀ setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 adalah sebanyak 8,329 kes,Ā manakalaĀ terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj.

Beliau berkata, ini menjadikan bilanganĀ kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,518 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala lima kes penularan di dalam negara pula adalah dalam kalangan warganegara Malaysia,” katanyaĀ pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 di sini semalam.

Tambah beliau, tiada kes kematian dicatatkan hari iniĀ menjadikanĀ jumlah kumulatif kes kematian wabak berkenaan kekalĀ 117 kes atau 1.4Ā peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menjelaskan mengenai kes positif baharu itu, beliau berkata dua kesĀ adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala lima kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

Katanya, daripada lima kes membabitkan warganegara,Ā duaĀ kes ialahĀ kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8294) di Sepang, Selangor.

“Selain itu, melibatkan satu kes saringan tempat kerja daripada Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, satu kes saringan prapembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah diĀ LikasĀ dan satu kes saringan komuniti di Kota Kinabalu, Sabah,” jelasnya.

Tambah beliau, sehingga kini, sebanyak enam kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan satu kes daripada jumlah ituĀ memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian KesihatanĀ akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehĀ daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnyaĀ dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda