Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Masyarakat Cina Rembau Sepakat Cegah COVID-19

By 28 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Malini Md Yunos/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Masyarakat Cina di Kota, di sini sepakat mengamalkan langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19 demi keselamatan diri serta ahli keluarga mereka.

Kesedaran terhadap bahaya wabak penyakit tersebut mampu tersebar melalui sentuhan di pelbagai permukaan menyebabkan mereka sentiasa dalam keadaan waspada dengan mengikuti perkembangan semasa di media sosial.

Menurut salah seorang penduduk di sini, Lee Kuan Ming, 61, komuniti mereka mengamalkan norma baharu dengan sentiasa menjaga jarak sosial, menggunakan pelitup separuh muka apabila berurusan di tempat tumpuan awam, kerap membasuh tangan dan menggunakan pensanitasi tangan serta mengambil maklum akan hebahan yang dihebahkan oleh pihak berwajib.

“Saya mewakili masyarakat di sini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana mengeluarkan pelbagai langkah-langkah pencegahan untuk melawan wabak ini.

“Kami juga amat menghargai usaha Jabatan Penerangan Malaysia kerana menghebahkan informasi dan mengedar poster pencegahan COVID-19 versi bahasa mandarin di tempat kami,” ujarnya ketika ditemui di Kelab Aktiviti Masyarakat Cina Legong Jaya, Kota, di sini.

-AK

Tinggalkan komen anda