Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Akan Kaji Semula Peraturan Penjualan Arak

By 5 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Salwati Md Zam (Melaka)

MELAKA, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri menyokong penuh saranan dan cadangan oleh Perdana Menteri Malaysia agar Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dipinda supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Ini berikutan berlaku peningkatan kes-kes pemandu yang di bawah pengaruh alkohol yang terbabit dengan kemalangan sehingga menyebabkan kematian kepada orang awam yang tidak bersalah sejak kebelakangan ini.

Menurut kenyataan media Pejabat Ketua Menteri Melaka, Kerajaan Negeri bercadang membuat kajian semula berhubung peraturan penjualan arak dan minuman keras di negeri Melaka yang turut membabitkan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Pihak Berkuasa Tempatan. Kajian semula itu adalah wajar sehingga satu garis panduan baharu diwujudkan.

“Kerajaan Negeri memandang serius terhadap kes-kes yang sedemikian kerana ia turut menyebabkan masalah sosial lain yang lebih besar jika tindakan tegas dan hukuman lebih berat tidak dikenakan.

“Selain itu, ia juga menyebabkan timbulnya masalah lain dalam kalangan masyarakat berpunca daripada kehilangan ahli keluarga yang menjadi tonggak keluarga seperti ibu, bapa dan sebagainya,” menurut kenyataan itu.

-KN

Tinggalkan komen anda