
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)
MELAKA, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah telah mengaturkan satu operasi khas penguatkuasaan pematuhan PKPP yang melibatkan hampir 6,941 buah premis dari pelbagai sektor ekonomi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka, Rahmad Mariman dalam kenyataannya berkata sebanyak 139 notis kesalahan telah dikeluarkan kerana gagal mematuhi arahan seperti tidak mengamalkan penjarakan 1 meter antara meja dalam premis makanan serta tidak menjalankan saringan suhu dan menyediakan buku daftar untuk pelanggan.
“Pada masa yang sama turut diadakan penguatkuasaan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan sebanyak 963 notis kesalahan telah dikeluarkan diantaranya kegagalan premis makanan tersebut mempamerkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada pelanggan yang merokok didalam premis berkenaan,” katanya.
Operasi khas ini telah memperlihatkan kebanyakan premis perniagaan yang beroperasi di sekitar Melaka masih mematuhi SOP yang telah disediakan dan pelanggan turut bersama memainkan peranan masing-masing bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 ini.
-KN