Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pejabat Permohonan Pasport di UTC Beroperasi Semula 15 Jun

By 14 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Kesemua pejabat permohonan pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Urban Transformation Centre (UTC) akan beroperasi semula mulai 15 Jun (Isnin) ini.

Menurut kenyataan JIM hari ini, waktu operasi UTC di Semenanjung ialah 8.00 pagi hingga 9.00 malam pada hari bekerja dan 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hujung minggu.

Sementara bagi UTC di Sabah, Sarawak dan Labuan pula waktu operasi pada hari bekerja dan hujung minggu ialah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Hanya pelanggan yang mempunyai janji temu melalui laman web www.sto.imi.gov.my sahaja yang dibenarkan hadir membuat urusan,” menurut kenyataan itu.

Pelanggan hendaklah membuat janji temu melalui capaian itu bermula 12 tengah hari Ahad 14 Jun.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda