Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Perkahwinan Bukan Islam Dibenar, Tertakluk SOP

By 22 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Upacara perkahwinan bagi penganut bukan Islam dibenarkan namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kebenaran itu bagi upacara perkahwinan bukan Islam di rumah ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam yang melibatkan penolong pendaftar perkahwinan yang dilantik di bawah Seksyen 28, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Akta 164).

Menurut beliau, upacara perkahwinan itu juga tidak boleh melebihi 20 orang termasuk penolong pendaftar perkahwinan dan tertakluk kepada kapasiti rumah ibadat atau Persatuan Agama Bukan Islam berkenaanĀ sertaĀ perlu diadakan dengan mengamalkanĀ jarakĀ sosial.

ā€œUpacara perkahwinan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ā€œMajlis resepsi perkahwinan masih tidak dibenarkan untuk diadakan,ā€ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengetuai Task Force Operasi Pematuhan menahan 20 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Beliau berkataĀ daripada jumlah itu, 10 individu direman manakalaĀ 10 lagi dikenakan kompaun.

ā€œAntara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk melibatkanĀ aktiviti karaoke dan pusat hiburan keluarga (enam orang), aktiviti dalam pub atau kelab malam (lapan), mencuba pakaian di kedai pakaian (satu) dan aktiviti yang menyukarkan jarakĀ sosial (lima),ā€ katanya.

Menurut beliau, 66,468 pemeriksaan dilakukan pasukan itu bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKPP semalam.

Seramai 3,503 anggota Pasukan Pematuhan membuat pemantauan itu yang melibatkan 15,432 anggota.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PDRM menahan 14 warga asing atas kesalahan imigresen dalamĀ 60 sekatan jalan raya menerusiĀ Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 38,474 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin.

Mengenai operasi sanitasi awam,Ā 49 operasi sanitasi meliputi 34 zon di sembilan negeri dijalankanĀ antaranya di Sarawak (22 operasi), Sabah (11) dan Selangor (empat)Ā semalam.

Selain itu, 528 rakyat MalaysiaĀ pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Australia, Jepun, Vietnam, India, Belanda dan Korea Selatan, semalam.

ā€œDaripada jumlah itu, 526 individuĀ diperintah untukĀ menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masingĀ manakala dua lagi dibawa ke hospital,ā€ katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemeriksaan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) semalam, mendapati tiga tapak binaan mematuhi SOP ditetapkan, manakala dua tapak binaan gagal berbuat demikian dan diberi amaran danĀ 11 tapak binaan tidak beroperasi.

ā€œJumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP sehingga semalam ialah 2,176 tapak binaan dan 421 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran. Penguatkuasa CIDB turut mengarahkan 19 tapak binaan ditutup kerana tidak mematuhi SOP,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda