Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PFM Sambut Baik Keputusan Kerajaan Benarkan Penggambaran Mulai 10 Jun

By 3 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) menyambut baik keputusan Kerajaan membenarkan syarikat penerbitan drama, filem dan iklan kembali beroperasi  mulai 10 Jun.

Presidennya Panchacharam Nalliah atau Pansha berkata walaupun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, sekurang-kurangnya ia dapat membantu melaksanakan proses penggambaran yang telah lama tertangguh.

“Terima kasih sekali lagi kepada kerajaan yang amat prihatin terhadap industri kreatif Malaysia.

“Dalam masa yang sama dapat menggerakkan semula ekonomi industri dengan kebiasaan baharu dan memberi peluang kepada penggiat seni kembali aktif,” katanya.

Dalam sidang media harian mengenai COVID-19 semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti penggambaran drama, filem dan iklan boleh mula beroperasi mulai 10 Jun dengan mematuhi SOP yang ketat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda