Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PKPB: Lapan Lelaki Main Sepak Takraw Ditahan

By 5 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail (Sekadar gambar hiasan)

PUTRAJAYA, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Tindakan lapan lelaki yang sedang leka bermain sepak takraw membawa padah apabila ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di padang permainan Bandar Perdana Fasa 6, Sungai Petani, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata kesemua mereka yang berumur 19 hingga 26 tahun itu ditahan sekumpulan anggota polis yang sedang menjalankan rondaan Ops COVID-19 pada pukul 6 petang semalam.

“Kesemua mereka sedang bermain sepak takraw di kawasan berkenaan dan mereka gagal untuk memberi penjelasan yang munasabah untuk berada di satu kawasan itu secara beramai-ramai.

“Mereka melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda