Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PLUS Malaysia Berhad Sedia Pelan Tindakan

By 12 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka)/ FB Berita Ehwal Semasa RTM Melaka

MELAKA, 12 Jun (Malaysiaaktif) – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik harian akan melonjak sehingga 15 peratus mulai 10 Jun susulan kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan pegerakan rentas negeri.

Menurut Pengurus Seksyen Plus Malaysia Berhad, Zulkifli Abdul Rahim pelan tindakan PLUS Malaysia serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan perlu dipatuhi oleh pengguna lebuh raya.

“Pihak PLUS Malaysia Berhad telah membuat pelan tindakan awal iaitu dengan membuka semua lorong tol supaya dapat mengurangkan kesesakan yang dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Selain itu, Pasukan PLUS ronda juga akan dikerahkan serta ditambah anggota bagi tujuan mengawal aliran dan melancarkan lagi trafik di sepanjang lebuhraya PLUS. Mengambil kira keluhan pengguna lebuhraya, gerai makanan dan ‘foodtruck’ akan dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun di semua kawasan Rehat dan Rawat (RnR) tetapi perlu mengikuti SOP yang ditetapkan.

“Para pengguna lebuhraya dinasihatkan merancang perjalanan dengan bijak seperti, menambah nilai kad ‘touch n go’ lebih awal agar tidak menyusahkan pengguna yang lain. Sebanyak 11 ribu pusat tambah nilai yang akan beroperasi di seluruh negara bagi memudahkan urusan tambah nilai. Para pengguna yang ingin mendapatkan info lanjut serta laporan aliran trafik harian boleh melayari laman sesawang PLUS di www.plus.com.my atau menghubungi talian Plusline 1800 88 0000,” katanya dalam siaran langsung Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM di Plaza Tol Ayer Keroh.

Dalam pada itu, pihak Jabatan Penerangan Negeri Melaka turut bersama turun padang mengedarkan poster COVID 19 kepada pengguna lebuhraya di Tol Ayer Keroh Melaka.

Petugas Jabatan Penerangan mengedarkan poster berkaitan COVID-19.

Petugas Jabatan Penerangan mengedarkan poster berkaitan COVID-19.

-KN

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda