Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

RON97 dan RON95 Naik 5 Sen, Diesel Naik 2 Sen Seliter

By 6 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Kementerian Kewangan Malaysia

PUTRAJAYA, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik lima sen manakala diesel pula naik dua sen bagi tempoh 6 hingga 12 Jun 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.78, RON95  (RM1.48) dan diesel RM1.63.

Kenaikan harga ini disebabkan peningkatan harga produk yang diproses  seiring kenaikan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjaga, demikian menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda