Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Semua Jelapang Padi Negara Dijangka Guna Kaedah Pemprofilan Tanah Menjelang 2022

By 21 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

PUTRAJAYA, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Semua jelapang padi negara seluas 214,281 hektar dijangka┬ámenggunakan kaedah pemprofilan tanah dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi menjelang 2022.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kaedah itu adalah kajian pengurusan tanah yang dilaksanakan sejak 2016 dalam usaha meningkatkan produktiviti padi dan sehingga kini, sejumlah 120,794 hektar jelapang padi telah menggunakan kaedah tersebut yang melibatkan peruntukan sebanyak RM15.7 juta.

“Kaedah ini penting bagi menentukan aplikasi baja yang diguna pada petak sawah dan aplikasi nutrien yang diperlukan di setiap petak sawah itu dapat dibuat dan diurus secara baik serta teratur tanpa berlaku sebarang pembaziran.

“Menerusi program pemprofilan tanah┬ájelapang padi negara ini, ia menyediakan data ciri-ciri kimia tanah dan fizikal tanah sebagai asas pengesyoran formulasi kadar baja mengikut lokasi spesifik bagi memenuhi keperluan nutrien tanaman padi,” katanya kepada pemberita selepas jelajah mesra┬ájelapang padi dan pelancaran Dokumentasi Laporan Teknikal Pengurusan Nutrien Lokasi Spesifik di daerah Seberang Perai Selatan┬ádi┬áNibong Tebal semalam.

Beliau berkata di Pulau Pinang, kaedah itu dijangka memberi manfaat kepada sejumlah 5,312 petani membabitkan keluasan 12,105 hektar sawah.

Kiandee berkata adalah menjadi hasrat Jabatan Pertanian agar semua kawasan sawah padi di Malaysia memiliki pemprofilan tanah sedemikian sekali gus membolehkan maklumat terperinci diperoleh mengenai jenis baja yang diperlukan pada tanah yang terdapat di negara ini.

“Dengan spesifikasi pemprofilan tanah yang lebih terperinci dan saintifik ini, kita dapat mengetahui di mana tanah yang memerlukan jenis baja apa, kandungan nutrien yang diperlukan untuk tanah tersebut dan lain-lain lagi agar pengeluaran padi yang dihasratkan itu dapat dicapai oleh pesawah.

“Ini tentu sekali akan meningkatkan pengeluaran keseluruhan penanaman padi dan akan meningkatkan tahap kebergantungan pengeluaran tempatan bagi sektor padi ini di negara ini.

ÔÇťDari segi pengurusan baja, ia akan lebih teratur dan lebih efisien serta dapat menjimatkan wang dari segi pembajaan dan sebagainya,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda