Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sidang Kemuncak ASEAN Secara Maya Bermula Semasa Dunia Berdepan COVID-19

By 26 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 bermula hari ini, dengan para pemimpin berkumpul di 10 bandar di rantau ini buat pertama kalinya, susulanĀ pandemikĀ COVID-19.

Pengerusi ASEAN bagiĀ 2020Ā Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc, mempengerusikan upacara pembukaan sidang kemuncak itu di Hanoi, yang disertai pemimpin lain di negara mereka masing-masing.

Delegasi Malaysia, diketuai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyertai sidang kemuncak tersebut dari Putrajaya.

Turut serta dalam delegasi Malaysia ialah Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriĀ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, serta Ketua Setiausaha Kementerian LuarĀ Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Upacara pembukaan di Hanoi, yang disiarkan secara langsung di Facebook antara lainĀ termasuk persembahan tradisional dan koirĀ lagu rasmi ASEAN.

Dalam ucapan perasmiannya, Xuan PhucĀ mengalu-alukan para pemimpin ke sidang kemuncak itu dan menerangkan mengenai hasil positif rantauĀ itu dalam pengurusan COVID-19 melalui semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh negara-negara anggota.

“ASEAN telah mengambil tindakan tepat pada masanya sebagai komuniti yang responsif dan bersatu. Jaringan tindak balas kecemasan kesihatan dan kerjasama dengan rakan anggota diaktifkan sejak hari pertama lagi. Negara-negara ASEAN telah terlibat dalam perkongsian maklumat aktif dalam koordinasi dan kawalan penyakit.

“HasilĀ komitmen peringkat tertinggi dan pendekatan komprehensif yang kukuhĀ di peringkat nasional dan serantau, ASEAN secara keseluruhannya telah mewujudkan kekuatan kelompok bersepaduĀ yang penuh semangat perkongsianĀ dan prihatin,” katanya.

Ditubuhkan pada 1967, ASEAN terdiri daripada 10 negara – Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, ThailandĀ dan Vietnam.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda