Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Amalan Norma Baharu Ketika Bekerja

By 26 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Ahmad Fitri Jasni (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Bermula 18 Mac 2020 yang lalu, negara kita telah mengambil langkah yang proaktif dalam menangani wabak COVID-19 dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wabak yang melanda dunia tersebut secara tidak langsung telah mengubah gaya hidup masyarakat khususnya dalam amalan norma baharu termasuklah cara bekerja di pejabat.

Seorang kakitangan awam di sini, Mohd Afiq Raduan, berpendapat bahawa suasana kerja dalam norma baharu yang sedang dipraktikkan sekarang ini, sedikit sebanyak memberikan satu situasi yang berbeza daripada biasa.

WhatsApp Image 2020-06-25 at 17.47.18 (1)

Contoh laluan masuk yang telah disusun atur oleh pentadbir pejabat.

“Jika dahulu, kita masuk ke pejabat terus ke mesin perakam waktu dan terus bekerja, namun sekarang perlu mengambil suhu dahulu kemudian perlu menyahkuman tangan dengan pensanitasi tangan, seterusnya ke mesin perakam waktu dan barulah boleh mulakan kerja,” ujarnya.

Amalan penjarakan sosial seperti tidak berjabat tangan, saringan bagi kakitangan mahupun pelawat sebelum dibenarkan masuk ke ruangan pejabat, serta aktiviti mesyuarat melalui telekomunikasi di antara jabatan dan organisasi juga adalah antara norma baharu yang perlu diamalkan di pejabat.

-AK

Tinggalkan komen anda