Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

SSM Galakkan Pelanggan Guna Sistem dalam Talian Semasa Tempoh PKPP

By 21 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan para pelanggan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian yang telah disediakan bagi mengelakkan terpaksa beratur panjang untuk berurusan di kaunter semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

SSM dalam satu kenyataan hari ini berkata bergantung kepada jenis transaksi, para pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian Portal Ezbiz (https://ezbiz.ssm.com.my/) untuk urusan berkaitan entiti perniagaan tunggal dan perkongsian, Portal MyCOID (https://mycoid2016.ssm.com.my/) untuk urusan berkaitan entiti syarikat dan Portal MyLLP (https://www.myllp.com.my/) untuk urusan berkaitan entiti perkongsian liabiliti terhad.

Selain itu, para pelanggan juga boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian Portal e-Info (https://www.ssm-einfo.my) dan Portal MyData (https://www.mydata-ssm.com.my) untuk urusan berkaitan maklumat korporat syarikat dan perniagaan, Portal MBRS (https://www.ssm4u.com.my/Pages/default.aspx ) untuk  urusan berkaitan serahsimpan penyata kewangan dan penyata tahunan dan Portal e-secretary (https://esecretary.ssm.com.my/) untuk urusan berkaitan pendaftaran setiausaha syarikat.

“Sekiranya perlu berurusan di kaunter, hanya para pelanggan yang mempunyai temu janji sahaja yang dibenarkan untuk hadir berurusan di pejabat SSM di seluruh negara.

“Borang temu janji boleh di dapati di portal rasmi SSM, www.ssm.com.my,” kata suruhanjaya itu.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda