Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Lelaki Warga Indonesia Antara 10 Ditahan dalam Op Samseng Jalanan

By 21 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 21 Jun (Malaysiaaktif) –Ā Seramai 10 lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahanĀ  dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Bypass Port Dickson awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam operasi yang dijalankan selama empat jam bermula pukul 1 pagi itu, kesemua individu yang berusia 17 hingga 24 tahun itu ditahan keranaĀ kesalahan bersaing sesama sendiri dan memotong antara satu sama lain.

ā€œMereka juga didapati membuat aksi mengangkat tayar hadapan, melanggar lampu isyarat merah dan membuat pusingan ‘U’ beberapa kali mulai lampu isyarat Kampung Arab hingga lampu isyarat Kampung Paya.

ā€œLelaki Indonesia yangĀ ditahan Ā telah datang ke Port Dickson bersama-sama kawannya untuk bersiar-siar namun didapati terlibat dengan kegiatan lumba haram,ā€ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aidi Sham berkata antara yang ditahanĀ bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori, pengawal keselamatan serta pelajar institut pengajian tinggi.

ā€œMereka akan dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini untuk permohonan reman. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda