Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Survelan COVID-19 Diteruskan Walaupun PKPP Tamat

By 20 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

PUTRAJAYA, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Aktiviti survelan atau pemantauanĀ COVID-19 di Malaysia akan diteruskanĀ  walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditamatkan nanti, kataĀ Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata biarpun jumlah kes harian COVID-19 terkawal dan negara sudahĀ memasuki fasa pemulihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)Ā akan terus melaksanakannyaĀ bagi memantau penularan COVID-19 dalamĀ komuniti.

ā€œAktiviti-aktiviti survelan yang dijalankan termasuk survelan klinikal dan juga saringan kumpulan-kumpulan sasar.Ā Aktiviti ini membolehkan pengesanan awal kes COVID-19 di Malaysia dan tindakan pembendungan penularan dapat segera diambil.

“Untuk itu, semua kes positif COVID-19 di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta juga haruslah dinotifikasikan kepada KKM.

ā€œIni kerana COVID-19 telahpun didaftar sebagai penyakit yang perlu dinotifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini semalam.

Katanya survelan yang dijalankan sebelum ini termasuk survelan klinikal dan juga saringan kumpulan-kumpulan sasar adalah termasuk kes-kesĀ Influenza Like IllnessĀ (ILI) danĀ Severe Acute Respiratory InfectionĀ (SARI).

Survelan klinikal dilaksanakan melalui pengambilan sampel untuk saringan COVID-19 secara rawak dari fasiliti kesihatan KKM, katanya.

Beliau juga memaklumkan lokasi sentinel iaitu Klinik KesihatanĀ KKM telah ditambah kepada 26 buah di seluruh negara.

Ia adalah salah satu tindakan bagi mempergiat sistem amaran awalĀ penularan COVID-19 di Malaysia, katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menggesa semua peniaga di pasar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan serta menjaga kebersihan diri dan geraiĀ masing-masing.

Ini berikutan terdapat laporan yang mendakwa COVID-19 telah menjangkiti lebih 100 orang yang berpunca daripada daging dan makanan laut yang dijual di pasar makanan borong di Beijing, China.

Mengulas laporan tersebut, Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa kesimpulan daripada siasatan awal pihak berkuasa China adalah berkaitan kebersihan, dan negara itu turut mengambil tindakan susulan untuk memeriksa sama ada jangkitan tersebut berasal daripada haiwan dan sebagainya.

ā€œJadi setakat ini, tiada bukti yang mengatakan jangkitan itu datang daripada ikan ataupun haiwan, tetapi kepada kesimpulan yang mereka (China) laksanakan pada peringkat awal, mungkin ada kaitan dengan kebersihan.

ā€œApa yang penting kita mengambil langkah-langkah pencegahan dan juga menjaga kebersihan semasa berniaga di pasar dan sebagainya. Bagaimanapun, kajian tetap akan dijalankan untuk haiwan dan ikan,ā€ katanya

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda