Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: 21 Kes Baharu, Tiada Kematian Dilaporkan

By 21 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 21 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan  jumlah kes positif di negara ini sebanyak 8,800 kes dengan 122 kes kebolehjangkitan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 21 kes yang dilaporkan, enam merupakan kes import melibatkan empat rakyat Malaysia yang telah mendapat jangkitan di luar negara dan dua lagi bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

Katanya, daripada enam kes import berkenaan, tiga kes adalah dari Filipina  dan masing-masing satu kes dari India, Rusia dan Denmark.

“Daripada 15 kes penularan tempatan, 13  daripadanya melibatkan warganegara iaitu 12 kes daripada Kluster Rumah Warga Emas Kluang di Johor serta satu kes saringan prapembedahan di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan dan pesakit telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Bagi kes bukan warganegara melibatkan satu kes saringan prapembedahan dan satu kes daripada Kluster Rumah Warga Emas Kluang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Noor Hisham berkata terdapat dua kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,555 kes iaitu 97.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, hanya tiga kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan, katanya.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini (20 Julai). Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 123 kes iaitu 1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda