Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sultan Selangor Murka Kejadian Vandalisme Mural Pemimpin Negara

By 21 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Selangor Royal Office

SHAH ALAM, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, menzahirkan rasa murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin-pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

Titah Baginda, contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain sebagai perbuatan yang sangat biadap.

“Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor kerana Baginda amat menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya.

Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” titah Baginda dalam satu kenyataan Istana Alam Shah hari ini.

Terdahulu, mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam telah diconteng pihak tidak bertanggungjawab.

Malah, mural yang dihasilkan tiga pelukis muda itu terdapat kata-kata kesat ditulis bersebelahan potret gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

-NAZ

Tinggalkan komen anda