Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Dianggarkan 20,000 Pelajar Malaysia Masih Terkandas di Luar Negara

By 18 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Dianggarkan 20,000 pelajar Malaysia masih terkandasĀ di luar negara dan tidak dapat pulang ke tanah air berikutan pandemik COVID-19 yang melanda duniaĀ ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata kerajaan sedang meneliti secara halus apakah langkahĀ yang boleh diambil bagi membawa pulang kesemua pelajar berkenaan secara berperingkat-peringkat.

“Contohnya pelajarĀ yang telah tamat kursus pengajian, kita tak mahu lengah-lengahkan bawa pulang merekaĀ dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan pastikan mereka dibawa pulang dan dibayar belanjanya oleh penaja yang menaja pelajar.

“Kerajaan juga telah menyediakan satu peruntukan, tak banyak tapi cukup untuk bawa pulang pelajar Malaysia yang masih lagi terkandasĀ di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Amanat Bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Zon 5 (Kelantan, Terengganu dan Pahang) yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Roslan Wahab di Kota Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum sebarang misi membawa pulang pelajar yang terperangkap di luar negara dilakukan kerajaan.

Beliau berkata antaranya ia melibatkan undang-undang berbeza yang dikenakan oleh setiap negara yangĀ pelajar Malaysia sedang meneruskan pengajian.

“Contohnya sama ada negara berkenaan membenarkan penerbangan masuk atau keluar. Contohnya kita juga semalam berbincang di Amerika Syarikat (AS) penularan nampaknya meningkat, kita bimbang danĀ kita nak ambil kesempatan ruang angkasa Amerika Syarikat yang masih terbuka ketika ini.

“Sama ada kita ada penerbangan terus dari Amerika Syarikat ke Malaysia atau ada syarikat penerbangan lain yang boleh bawa pulang pelajar ke Malaysia. Kita kena perhalusi keadaan sebegitu sebelum buat keputusan yang melibatkan kewangan negara,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda