Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Dua Radar RSS Dipasang di ABMB Langkawi Pantau Perairan Negara

By 27 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Dua lagi radar Remote Sensor Site (RSS) akan dipasang dalam masa terdekat di Pangkalan Maritim Abu Bakar (ABMB) di Batuan Tengah dan Langkawi, bagi memperkukuh pemantauan dan menjamin keselamatan perairan negara.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata pemasangan terbabit dilakukan menerusi fasa pertama sekali gus sebagai tambahan kepada 11 RSS sedia ada ketika ini, di seluruh negara.

ā€œKamiĀ (APMM) akan tambah di ABMB yang menjadikan RSS ke-12 kerana terdapat sektor ā€˜titik butaā€™ di kawasan berkenan yang tidak dapat dijangkau radar ketika ini. Dalam masa sama, kamiĀ telah buat kajian di Langkawi untuk menambah satu lagi radar sama ada di Pulau Singa Besar atau Tanjung Cincin,ā€ katanya.

Mohd Zubil berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan nota serah tugas Pengarah Maritim Negeri Johor oleh Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid yang akan bertukar ke Putrajaya kepada Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata bagi fasa kedua, pemasangan radar akan dilakukan di perairan pantai timur yang meliputi dari perairan Pulau Tioman hingga ke utara manakala fasa ketiga meliputi perairan Sarawak.

Katanya kawasan perairan Sabah pula kini sudah dilengkapi radar yang mampu mengawal keseluruhan negeri itu.

ā€œApabila kesemua radar ini sudah siap dipasang kelak, maka, ia mampu memantau dan mengawal seluruh perairan negara,ā€ katanya dengan menambah ketiga-tiga fasa pemasangan radar terbabit mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk siap sepenuhnya.

Menurut Mohd Zubil, kerajaan dalam masa sama, sudah meluluskan peruntukan berjumlah RM125 juta untuk menaik taraf 11 radar sedia ada itu berikutan sistem yang lama selain tidak mempunyai alat ganti.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zubil turut memberi amaran kepada para pegawai dan anggota APMM khususnya di negeri ini supaya tidak bersekongkol dengan kegiatan penyeludupan migran dan barangan larangan, memandangkan kedudukan Johor yang berdekatan dengan Pulau Batam, Bintan dan Karimun, Indonesia.

Beliau berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dengan kegiatan tersebut.

ā€œJohorĀ kawasan ā€˜panasā€™ kemasukan pendatang tanpa izin dan jenayah lain seperti penyeludupan dadah.

ā€œSyukur alhamdulillah, belum ada anggota kamiĀ yang dilaporkan (bersekongkol). Risikan kami akan kenal pasti ada atau tidak anggota kamiĀ terlibat bersekongkol melakukan kesalahan. WalaupunĀ kami hanya sekadarĀ dengar cakap…kamiĀ akan panggil anggota itu, temu bual dia dan kamiĀ sekat dari awal,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda