Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Guru Ikon Komuniti Setempat

By 4 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Hamidah Md Drus/Ahmad Fitri Jasni (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Hari Guru tetap disambut walaupun dalam suasana norma baharu dan biarpun suasana sambutan tidak semeriah seperti tahun sebelumnya tetapi majlis tetap dijalankan bagi menghargai jasa guru dan warga pendidik. Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Pilah bagi Tahun 2020 telah diadakan secara langsung dalam talian Facebook Live Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, pagi tadi. semalam.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith, institusi guru mempunyai peranan yang tanggungjawab yang cukup besar kerana mereka merupakan ikon kepada komuniti setempat, menjadi rujukan dan pemangkin juga sebagai penghubung masyarakat melalui dasar kepimpinan negara.

“Saya berharap barisan pemimpin pendidikan dan guru-guru terus komited memugar potensi diri dan pelajar ke arah melahirkan warganegara yang seimbang dari sudut nilai, intelek, akhlak, jati diri serta berupaya menjadikan insan menyesuaikan diri dengan arus perubahan zaman.

Siaran langsung disaksikan di FB Live Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah.

Siaran langsung disaksikan di FB Live Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah.

“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru yang terus komited melaksanakan pembelajaran maya melalui kelas virtual sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja boleh diakses pada peringkat daerah malah menjangkau ke seluruh negara.

“Penglibatan secara sukarela guru-guru daerah Kuala Pilah menyediakan 100 set kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk para petugas barisan hadapan sepanjang tempoh PKP juga harus dipuji, malahan seramai 30 orang warga pendidik menderma darah sebagai usaha untuk menampung kekurangan bekalan darah di Hospital Tuanku Ampuan Najihah wajar dijadikan contoh,” ujarnya ketika merasmikan majlis.

Menurut Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah Megat Afandi Datuk Wira Ismail, tema hari guru pada tahun ini ialah “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” bersempena peranan penting guru dalam memperkasakan ilmu dalam membina insan seiring denga falsafah pendidikan negara.

Eddin menandatangani buku pelawat.

Eddin menandatangani buku pelawat.

“Guru merupakan insan yang tidak jemu melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat, peredaran zaman dan kemajuan teknologi juga tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar.

“Guru merupakan insan yang banyak membentuk karakter dan peribadi seseorang dan peranan yang dimainkan oleh seorang guru amat penting sehingga tidak ada manusia yang boleh berjaya tanpa mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Anugerah Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2020 telah dianugerahkan kepada Hamidah Rentap, pesara guru yang telah berkhidmat dalam kerjaya perguruan selama 28 tahun dan turut diraikan Shahidan Mokhtar, yang menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Md. Fiah Md. Jamin.

-SH

Tinggalkan komen anda