Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PRK Chini: Pengundi Digesa Keluar Mengundi, Patuhi SOP

By 4 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Walaupun terikat dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)┬áDewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Chini digesa untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata bagaimanapun pengundi dinasihatkan mengikuti kebiasaan baharu berikutan PRK ini kali pertama diadakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerana penularan wabak COVID-19.

“Walaupun terdapat SOP ketat yang dikeluarkan, tidak bemakna tanggungjawab (untuk mengundi)┬átidak dapat dilaksanakan. Pengundi diseru menunaikan tanggungjawab mengundi, malah pengundi luar kawasan juga disaran balik untuk menunaikan tanggungjawab ini,” katanya pada sidang media perkembangan PKPP di sini┬ásemalam.

Beliau berkata kebiasaan baharu seperti jarakan sosial ketika beratur dan pemakaian pelitup muka terutama di kawasan yang sesak perlu diikuti oleh pengundi, dan semua SOP yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diikuti demi menjamin keselamatan dan kesihatan masing-masing.

PRK DUN Chini menyaksikan 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal yang akan mengundi esok.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda