Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON95, RON97, Diesel Turun

By 4 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik MoF

PUTRAJAYA, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter, masing-masing kepada RM1.65 dan RM1.95 manakala diesel turun dua sen kepada RM1.84 seliter, berkuat kuasa tengah malam tadi sehingga 10 Julai ini.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan penurunan tersebut dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda