Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Dua Bandar di Melaka Diiktiraf Paling Bahagia di Malaysia

By 3 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Azreen Ahmad/FB MBMB dan MPJ

MELAKA, 3 Jul (Malaysiaaktif) – Ketua Negeri Melaka, Sulaiman Md Ali merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang menerima pengiktirafan sebagai 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia sempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2019, ujarnya semasa merasmikan Majlis Amanat Ketua Menteri Melaka, Melakaku Maju Jaya baru-baru ini di Ballroom MITC Melaka.

Beliau berkata, dalam laporan indeks kebahagiaan oleh MURNInets Kebangsaan, PLANMalaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah merekodkan bahawa dua bandar di negeri ini iaitu Bandar Melaka dan Jasin telah tersenarai dalam 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia bagi tahun 2019.

“Saya berharap keempat-empat Pihak Berkuasa Tempatan mencapai status Bandar Paling Bahagia, maka barulah negeri Melaka menjadi negeri yang paling bahagia,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurutnya lagi huraian slogan baharu negeri Melaka berkenaan Rakyat Bahagia bermula daripada usaha sebuah Kerajaan negeri yang berjiwa rakyat, prihatin, mendengar keluhan dan merasai denyut nadi rakyat, khususnya golongan B40, supaya rakyat dapat hidup bahagia.

Meletakkan perkataan “rakyat” merupakan suatu langkah untuk mengangkat martabat rakyat yang berbilang kaum dan agama terdiri daripada Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Portugis, Chetti dan sebagainya.

Akhir katanya, “Rakyat bahagia”, adalah rakyat yang benar-benar sejahtera, mencapai kemajuan dan Al-falah, yakni kecemerlangan dan keseimbangan, hasanah yakni kebaikan duniawi dan ukhrawi sebagaimana dalam surah Al-Baqarah ayat 201,” katanya lagi.

Perbandaran Jasin dan Perbadaran Bandaraya Melaka antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia.

Perbandaran Jasin dan Perbadaran Bandaraya Melaka antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia.

-KN

Tinggalkan komen anda