Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Institusi Masjid Kemaman Terus Diperkasa

By 6 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)/Pejabat Parlimen Kemaman

KEMAMAN, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Sejumlah RM125, 000 telah disumbang pusat khidmat masyarakat Parlimen Kemaman kepada pengurusan masjid sekitar Daerah Kemaman.

Dalam siri sumbangan yang pertama ini Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat ialah DUN Kijal dan DUN Kemasik.

Antara masjid-masjid yang menerima sumbang tersebut ialah Masjid Ladang Tebak, Masjid Sungai Mas, Masjid Padang Kubu, Masjid Lubuk Lesong, Masjid Seri Bandi, Masjid Seri Bandi, Masjid Kampung Ibok, Masjid Kampung Batu 9, Masjid Kampung Payoh, Masjid Meraga Beris, Masjid Bukit Anak Dara, Masjid Kampung Titian Berayun, Masjid Jamek Kijal, Masjid Telok Kalong dan Masjid Bukit Kuang melibatkan peruntukan sebanyak RM35, 000.

Che Alias menyampaikan sumbangan kepada pengurusan masjid Tengku Mizan Zainal Abidin,turut bersama ADUN Kawasan Kemasik (berbaju merah), Ir Saiful Azmi Suhaili.

Che Alias menyampaikan sumbangan kepada pengurusan masjid Tengku Mizan Zainal Abidin,turut bersama ADUN Kawasan Kemasik (berbaju merah), Ir Saiful Azmi Suhaili.

Manakala bagi Dun Kemasik pula ialah Masjid Kampung Semayor, Masjid Jamek Kemasik, Masjid Kampung Bukit Kukuran, Masjid Chabang, Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Masjid Labohan, Masjid Jamek, Masjid Pengakalan Ranggon, Masjid Ranggon Estet, Masjid Batu Putih, Masjid Felda Kerteh 5 dan Masjid Felda Kerteh 6 melibatkan peruntukkan sebanyak RM30,000.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Alias Hamid kepada pihak pengurusan masjid tersebut.

Che Alias menyampaikan sumbangan kepada pengurusan masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, turut bersama Penyelaras Dun Kijal, Hazri Jusoh.

Che Alias menyampaikan sumbangan kepada pengurusan masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, turut bersama Penyelaras Dun Kijal, Hazri Jusoh.

Alias berharap agar sumbangan ini dapat membantu pihak masjid bagi aktiviti mengimarahkan masjid, pengurusan masjid dan kebajikan yang lain.

“InsyaAllah sumbangan bagi masjid di Dun Chukai dan Dun Air Putih akan dibuat dalam masa terdekat,” ujarnya lagi.

Turut bersama dalam sesi penyerahan sumbangan ialah ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh dan Pegawai Agama Daerah Kemaman, Aizi Saidi Abd Aziz.

-ii-

Tinggalkan komen anda