Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kenaikan Harga Ayam: KPDNEHP Buka Lapan Kertas Siasatan

By 12 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 12 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuka lapan kertas siasatan ke atas peniaga-peniaga ayam disyaki melakukan kesalahan mencatut.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata mereka melibatkan empat peruncit di pasar awam di Melaka serta empat pemborong iaitu satu di Melaka dan tiga di Kuala Lumpur.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Beliau berkata susulan aduan orang ramai berhubung kenaikan harga ayam di pasar-pasar basah awam, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP telah melaksanakan pemeriksaan untuk mengenal pasti peringkat rantaian pembekalan yang memulakan punca kenaikan itu serta mengesan sekiranya wujud aktiviti pencatutan.

“Secara keseluruhannya sehingga 30 Jun lepas, sebanyak 353 premis yang terdiri daripada 280 peruncit, 50 pemborong dan 23 pengeluar/penternak ayam telah diperiksa.

“Berdasarkan jumlah pemeriksaan tersebut, 310 premis telah dikemukakan notis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 bagi mendapatkan maklumat kenaikan harga,” katanya dalam kenyataan semalam.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda