Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Kerajaan Komited Pacu Kesinambungan Pembangunan Negara – Mastura

By 10 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Faisal Ahmad Tarmizi (Kuala Kangsar)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

MANONG, 10 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan komited untuk terus memacu kesinambungan pembangunan negara ke tahap yang lebih baik berdasarkan prinsip kerajaan yang bersih dan berpaksikan kedaulatan undang-undang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid berkata kerajaan akan segera bertindak bagi memastikan pembangunan ekonomi dapat segera dilaksanakan.

“Walaupun kini kita berdepan dengan suasana ekonomi yang mencabar akibat pandemik COVID-19, kerajaan akan terus memastikan usaha-usaha membangunkan semula ekonomi dapat dijalankan secepat mungkin.

“Kepentingan rakyat akan terus menjadi keutamaan dan nasib golongan terkesan akan terus dibela,” katanya sempena lawatan kerjanya di Mini Arena Aman Jaya, di sini semalam.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom, Norliah Mat Lazim membentangkan aduan ketika sesi dialog.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom, Norliah Mat Lazim membentangkan aduan ketika sesi dialog.

Dalam lawatan berkenaan, Mastura turut meluangkan masa dalam sesi dialog awam bagi mendengar aduan rakyat di sekitar kawasan Manong.

“Antara aduan yang diterima termasuklah keperluan membaiki segera blok bangunan sekolah yang usang serta permohonan dana tambahan kepada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

“Kami juga akan mengambil kira isu pembesaran jalan raya dari Kg. Ulu kenas hingga ke Manong,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan (ADUN) Manong Mohamad Zuraimi Razali, Pegawai Daerah Kuala Kangsar Ahmad Munir Ishak, dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar Zulqarnain Mohamad.

-SH

Tinggalkan komen anda