Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Malaysia Rekod Tiga Kes Baharu

By 17 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak tiga kes baharu COVID-19 dilaporkan melibatkan satu kes import dan dua kes penularan di dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia kini sebanyak 8,737 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah  77 kes.

Mengulas lanjut, beliau berkata kedua-dua kes penularan di dalam negara melibatkan warga asing iaitu satu kes di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Jalan Duta di sini dan satu lagi melibatkan saringan di tempat kerja yang dijalankan majikan di Sarawak.

“Satu kes import yang dilaporkan melibatkan warganegara Malaysia yang telah mendapat jangkitan di luar negara,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 semalam.

Beliau berkata terdapat 12 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 8,538 kes iaitu 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini, terdapat tiga kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal pada 122 kes atau 1.39 peratus daripada keseluruhan kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda