
PUTRAJAYA, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini dengan tegas menyatakan âSesiapa yang mengaku dirinya âgengsterâ, semua saya akan tangkap dan ambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)â.
Katanya, beliau dan pasukannya kini dalam misi untuk membersihkan budaya gengsterisme di negara ini, dan memperbetulkan minda masyarakat, supaya elemen-elemen gengsterisme dapat dibendung di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
âSekarang ini, ada pelajar sekolah menengah yang berada di Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sudah pandai asosiasikan diri dengan kumpulan gengster antaranya âAyahandaâ, sampai boleh ugut orang minta duit. Gengsterisme ini saya hendak âsapuâ semuanya,â katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini.
Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak akan memberi ruang dan akan memerangi isu gengsterisme ini secara habis-habisan.
Tegasnya, beliau tidak akan bertoleransi terhadap gengsterisme di negara ini, dan akan menahan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, jika terlibat dalam perkara berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid telah mengarahkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, untuk melaksanakan operasi secara menyeluruh membanteras lumba haram di negara ini.
âSelain itu, saya bercadang untuk mewujudkan satu fail kes bagi menahan penganjur perlumbaan haram, di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
âPenganjuran perlumbaan haram ini menggalakkan lagi berlaku kes jenayah seperti kecurian motosikal, maka polis akan menggunakan POCA ini untuk menahan mereka,â katanya.
— BERNAMA