Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Negeri Sembilan Tawar Lebih 3 Ribu Jawatan Pembanci

By 14 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fauziah Abdullah (Seremban)/SUK Negeri Sembilan

SEREMBAN, 13 Jul (Malaysiaaktif) – Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci 2020) di Negeri Sembilan akan melibatkan lebih kurang 1.16 juta penduduk dari 387 ribu rumah kediaman bagi mengumpul stok dan profil penduduk yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Dr. Razali Ab. Malik, berkata Banci 2020 akan dijalankan dalam dua fasa berikutan Pandemik COVID-19 dimana fasa pertama bermula 7 Julai sehingga 30 September 2020 yang melibatkan mod pembancian pengisian soal selidik secara atas talian iaitu e-Cencus.

“Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan telah menghantar poskad Banci 2020 kepada lebih 69 ribu tempat kediaman yang dikenalpasti dan poskad ini mengandungi nombor ID yang membolehkan isi rumah untuk mendaftar ke dalam sistem e-Census manakala isi rumah yang tidak menerima poskad, mereka boleh membuat pendaftaran secara atas talian untuk mendapatkan maklumat ID bagi mengakses sistem ini,” katanya.

WhatsApp Image 2020-07-13 at 20.37.02

Contoh identiti pembanci dan pengedar poskad yang diberi kad kuasa serta surat pelaksanaan tugasan banci.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Banci Negeri menjelaskan bahawa operasi pembacian bagi fasa kedua pula akan dilaksanakan secara bersemuka bermula 7 Oktober hingga 24 Oktober 2020 melalui Computer Assisted Personal Interview (CAPI), Paper and Pen Interview (PAPI) dan Drop Off and Pick Up (DOPU) dimana sebagai langkah pencegahan, kaedah temu ramah bersemuka akan dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

“Sehubungan dengan itu, bagi fasa kedua nanti terdapat 3930 jawatan kosong bagi pembanci di Negeri Sembilan dan pengambilan yang melibatkan jawatan penyelia dan pembanci akan dibuat mulai September hingga Oktober 2020 di mana permohonan boleh dibuat secara atas talian di www.mycencus.gov.my, ” ujarnya lagi.

Penduduk Negeri Sembilan diseru untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam perlaksanaan Banci 2020 ini bagi memastikan data yang tepat berkaitan kependudukan dan perumahan diperolehi dan kelak akan menjadi input utama kepada agenda nasional dalam merancang pembangunan negeri mahupun negara.

-AK

Tinggalkan komen anda