Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Isu Kanak-kanak Tanpa Kad Pengenalan Antara Tumpuan Dewan Rakyat

By 14 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Isu kewarganegaraan untuk anak-anak tanpa kad pengenalan (stateless children) antara yang bakal mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu tersebutĀ terkandung dalamĀ Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri yangĀ diajukan DrĀ Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-Bandar Kuching) kepadaĀ Menteri Dalam Negeri,Ā antara lain berkaitanĀ pelan kerajaan untuk memudah dan mempercepatkan proses mendapatkan status kewarganegaraan untuk golongan berkenaan.

Turut dibangkitkanĀ dalam sesiĀ ituĀ adalah pertanyaan daripada ShaharizukirnainĀ (Shaharizukirnain) Abd Kadir (PAS-Setiu) mengenai status pelaksanaan penebusan Ganti Cuti Rehat (GCR) kepada wang tunai selama 75 hari bagi penjawat awam yang berkhidmat selama 15 tahun seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2020.

Usai sesi tersebut, tumpuan dijangka terarah kepada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanĀ dan antara dijangkaĀ menjadi perhatian adalahĀ soalan daripada M. Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) yang ingin tahu jumlah majikan yang diluluskan di bawah Program Subsidi Upah serta telah menyalurkan subsidiĀ ituĀ tanpa memberhentikan pekerja.

Selain itu, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) pula ingin tahu langkah kerajaan dalam memperkenalkan dasar baharu terhadap pengambilan pekerja asingĀ bagi menghapuskan pendatang tanpa izin.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

Ia termasuk pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan dan penggunaan cecair pembasmi kuman serta jarak sosial satu meter antara tempat duduk Ahli Parlimen semasa persidangan berlangsung seperti yang diputuskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda