Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Norma Baharu 754 Pelajar SK Taman Hi Tech

By 23 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mahrani Mohamad/Sarah Abdul Halim (Kulim)

KULIM, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 704 orang pelajar dari tahun satu hingga tahun empat Sekolah Kebangsaan Taman Hi Tech di sini hadir untuk sesi persekolahan dengan norma baharu setelah empat bulan tidak hadir ke sekolah akibat penularan pendemik COVID-19 sejak semalam.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Hi Tech, Jaafar Ahmad berkata pihak sekolah dengan pemantauan Pejabat Pendidikan Daerah komited memastikan Prosedur Operasi Standart (SOP) dapat dipatuhi sepenuhnya.

ā€œPihak sekolah dengan kerjasama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah melaksanakan persiapan awal bermula pada 24 Jun yang lalu dengan menyediakan 12 buah sinki di setiap tingkat bangunan sekolah bagi memudahkan pelajar mencuci tangan dengan kerap.

EXCO Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Lembaga Pelawat Hi Tech Datuk NorSabrina Mohd Noor (kanan) turut membuat kunjungan ke sekolah tersebut sambil disambut Jaafar (dua dari kiri).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar BaharuĀ merangkap Ahli Lembaga Pengarah Hi Tech Datuk NorSabrina Mohd Noor (kanan) turut membuat kunjungan ke sekolah tersebut sambil disambut Jaafar (dua dari kiri).

“Pihak sekolah juga mengambil inisiatif mencipta Kod QR bagi setiap pelajar untuk mengesahkan kehadiran mereka pada setiap hari persekolahan,” ujarnya ketika menyambut kehadiran pelajarnya pada hari pertama pembukaan sekolah, di sini semalam.

Menurut Jaafar, para guru ditugaskan secara bergilir setiap hari untuk bertugas di tiga pintu masuk utama pelajar ke sekolah berkenaan bagi memeriksa suhu pelajar dan memastikan penjarakan sosial ketika masuk ke kawasan sekolah.

“Pelajar yang didapati mempunyai suhu melebihi 37.5c dan bergejala akan ditempatkan di bilik isolasi yang disediakan oleh pihak sekolah sebelum diambil kembali oleh waris.

Pelajar mematuhi SOP yang ditetapkan dengan jarak satu meter di dalam bilik darjah.

Pelajar mematuhi SOP yang ditetapkan dengan jarak satu meter di dalam bilik darjah.

“Setiap meja dan kerusi pelajar pula dilekatkan nama penuh serta nombor telefon waris supaya setiap urusan melibatkan pelajar dapat diuruskan dengan cepat dan tepat.

“Mereka juga dibenarkan untuk makan di meja masing-masing ketika waktu rehat dan makanan ditempah sehari awal oleh waris secara dalam talian,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda