Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pembangunan Teknologi Hijau Rawat Pencemaran Sungai

By 3 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rosli Husain (Melaka)

MELAKA, 3 Jul (Malaysiaaktif) – Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menganjurkan Seminar Risiko Bahan Kimia Sistem Penghawa Dingin Punca Pencemaran Sungai Melaka yang diadakan di Hotel Ames MITC baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohammad Diah, seminar ini diadakan untuk memperkenalkan insiatif yang akan memberi impak yang besar terhadap pengurusan sumber air mengguna pakai teknologi DESCALE bagi menggantikan bahan kimia rawatan air yang terdapat dalam sistem penghawa dingin di semua bangunan kerajaan, bangunan komersial dan semua sektor industri.

“Ini juga dapat memberi kesedaran dan pengetahuan dalam mengenal pasti punca pencemaran air di Melaka,” ujarnya.

Seminar setengah hari itu telah dihadiri 150 orang peserta dari kakitangan kerajaan dan swasta untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman bagi mengupas masaalah dan mencari penyelesaian berkaitan sektor pengurusan air.

-KN

Tinggalkan komen anda