Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM Lancar Logo Sambutan 50 Tahun Rukun Negara

By 10 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 10 Jul (Malaysiaaktif) – SemalamĀ Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan logo sambutan 50 tahun Rukun Negara.

Dipancarkan di layar skrin dengan animasi 3-Dimensi, logo yang julung kali dicipta ituĀ dilancarkanĀ selepas Perdana Menteri menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara di Bangunan Perdana PutraĀ di sini.

Lima jalur simbolik lima prinsip Rukun Negara yang perlu dipatuhi; bulan dan bintang melambangkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.

Tengkolok berkerawang bulan dan bintang simbol prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Ia juga melambangkan Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

Angka 50 sempena sambutan ulang tahun Rukun Negara dan biru melambangkan amalan perpaduan dalam Kesopanan dan Kesusilaan.

Logo baharu yang dilancarkan bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara.

Logo baharu yang dilancarkan bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara.

Logo itu dihasilkan melalui kerjasama antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penerangan dan Kumpulan Media Karangkraf.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub berkata logo yang dipaparkan memberi kesan yang besar kepada masyarakat dengan menyampaikan kefahaman mengenai lima prinsip falsafah yang menjadi tunjang nasional negara.

Jelasnya simbolik tengkolok pada logo tersebut adalahĀ keunikan warisan dan budaya Melayu yang kesetiaan kepada raja dan negara amat penting dalam memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

“Kita merasakan setiapĀ  logo yang mahu ditonjolkan perlu mempunyai ‘roh’ yang akan memberi kesan besar kepada masyarakat. Umum mengetahui tentang Rukun Negara ini namun kefahaman mengenai falsafah ini tidak masuk ke hati.

“Konsep logo yang ingin diketengahkan adalah mengembalikan semangat patriotik kepada negara dengan menekankan kefahaman mengenai prinsip Rukun Negara,” katanya kepada Bernama.

—Ā BERNAMA

Tinggalkan komen anda