Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Sambutan Hari Kebangsaan Secara Maya Kekal Semangat Patriotisme

By 28 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

IPOH, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Sambutan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Negeri Perak 2020 terus disemarakkan dengan pelaksanaan secara maya di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kehangatan sambutan pada tahun ini terasa kelainannya akibat pandemik COVID-19.

“Cabaran dalam menangani isu ini telah mengubah beberapa perkara dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) seluruh rakyat Malaysia namun program-program yang dilaksanakan ini perlu dilaksanakan bagi mengekalkan momentum suasana sambutan dan mengekalkan tradisi sebagai tanda syukur kepada perjuangan lampau.

Faizal ketika merasmikan Majlis Pelancaran Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak, di sini hari ini.

Faizal ketika merasmikan Majlis Pelancaran Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak, di sini hari ini.

“Setelah mencapai kata sepakat, pihak pentadbiran negeri telah memutuskan perjalanan majlis dapat dipaparkan secara langsung dalam talian agar rakyat negeri ini dapat merasai kehangatan majlis pelancaran ini.

“Ini adalah satu usaha yang baik sejajar dengan salah satu amanat saya pada awal tahun 2020 untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan negeri Perak,” katanya ketika merasmikan majlis di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pagi tadi.

Majlis berlangsung dengan kehadiran hampir 250 orang secara tertutup sebagai mengikuti SOP ditetapkan kerajaan dan dipancarkan secara langsung melalui laman sosial facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Terdahulu, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah disaksikan secara langsung di dewan ini sebelum perasmian peringkat negeri bermula.

-SH

Tinggalkan komen anda