Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Warga Kemaman Diseru Kibar Jalur Gemilang

By 27 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Abdul Hamid menyeru semua warga Kemaman untuk bersama-sama menzahirkan rasa cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara kita dengan memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kenderaan masing-masing.

“Semangat patriotisme dan cintakan negara perlu disemai dalam diri setiap lapisan masyarakat kerana ianya bukanlah perkara yang mampu timbul sendiri kerana ia perlu dipupuk serta disemai dalam diri agar jiwa mereka sebati dengan perasaan itu,” katanya ketika sama-sama menjayakan Program Info on Wheels Merdeka anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kemaman, semalam.

Tambah beliau, budaya vandalisme yang berlaku baru-baru ini dengan menconteng mural pemimpin negara dilihat sebagai salah satu sifat kurangnya perasaan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Abdul Hamid memasang bendera pada kereta dalam program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kemaman.

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Abdul Hamid memasang bendera pada kereta dalam program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kemaman.

“Kita perlu sedar perjuangan orang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan dan pemimpin terkini bertungkus-lumus membangunkan negara bukan suatu perkara yang mudah kerana memerlukan pengorbanan yang tidak mampu untuk kita membalasnya,” ujarnya lagi.

Seruan Ahli Parlimen Kemaman ini disambut baik oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail, Suhaidi Mohamed Amin yang berpendapat warga Kemaman perlu menyemai dan menyemarakkan rasa cinta terhadap tanah air yang tercinta ini dengan memasang Jalur Gemilang di kediaman, premis dan pada kenderaan masing-masing.

Guru Besar, SK Sultan Ismail, Suhaidi Mohamed Amin berkata, warga Kemaman perlu memasang Jalur Gemilang di kediaman, kenderaan dan di premis masing-masing.

Guru Besar, SK Sultan Ismail, Suhaidi Mohamed Amin berkata, warga Kemaman perlu memasang Jalur Gemilang di kediaman, kenderaan dan di premis masing-masing.

“Biasanya setiap tahun pihak pengurusan sekolah akan mengadakan program yang berbentuk patriotik bersama para pelajar agar rasa cintakan negara dalam kalangan pelajar sekolah wujud sejak alam persekolahan lagi bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.”

Yang DiPertua (YDP) Persatuan Ibu-Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor Kemaman Siva Kumar Sri Raman, juga positif dengan saranan Ahli Parlimen Kemaman.

Siva Kumar A/L Sri Raman,Yang DiPertua Persatuan Ibu-Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor, Kemaman juga positif dengan saranan Yang Berhormat Ahli Parlimen Kemaman.

Siva Kumar positif dengan saranan kerajaan untuk menggelorakan sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

“Kami, kaum India di Kemaman sentiasa mengadakan program berbentuk cintakan negara setiap tahun di kampung kami, Lembah Jabor, Kemaman dan kami juga menjemput pemimpin tempatan untuk merasmikan program yang kami anjurkan,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda