PUTRAJAYA, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.68 dan RM1.98 seliter, sementara harga runcit diesel meningkat satu sen kepada RM1.83 seliter, untuk tempoh seminggu mulai, tengah malam tadi.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penetapan harga runcit petrol secara mingguan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.
— BERNAMA