Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Program IoW Merdeka, Warna Merdeka Gemencheh Meriah

By 11 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Syafiq Kamaruzzaman/Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Info on Wheels (IoW) Merdeka dan Warna Merdeka anjuran Pejabat Penerangan Daerah Tampin disambut meriah.

Program kerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Gemencheh Lama tersebut telah disempurnakan oleh ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, di Tadika Perpaduan Pekan Gemencheh, di sini semalam.

Menurut Datuk Mohd Isam, program seumpama ini perlu diteruskan di masa hadapan kerana ianya dapat menyemarakan semangat cintakan negara dalam diri masyarakat setempat.

WhatsApp Image 2020-08-10 at 16.50.09 (1)

Ahli Jawatankuasa KRT Pekan Gemencheh sedang menjalankan aktiviti gotong royong.

“Menerusi program ini, ianya bukan sekadar mampu memupuk semangat cintakan negara, malah dapat mengeratkan silaturahim dan menghidupkan semangat perpaduan antara rakyat sekitar pekan Gemencheh,” ujarnya ketika ditemui.

Dalam pada itu, menurut Setiausaha KRT Pekan Gemencheh Lama, Fazleyaty Arifin, berkata program tersebut merupakan program tahunan KRT bersama masyarakat di sini, terutamanya Tadika Perpaduan.

“Program Warna Merdeka ini adalah program tahunan KRT Pekan Gemencheh Lama dan Tadika Perpaduan, cuma pengisian yang berbeza setiap tahun,” katanya yang juga salah seorang guru di Tadika Perpaduan pekan Gemencheh.

WhatsApp Image 2020-08-10 at 16.50.09

Pameran Jom Perangi Aedes daripada Jabatan Kesihatan Daerah Tampin.

Tambah Fazleyaty, pengisian kali ini adalah aktiviti gotong royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes serta pemasangan dan pengedaran Jalur Gemilang kepada penduduk sekitar dengan bantuan Pejabat Penerangan Daerah Tampin dan pejabat DUN Gemencheh.

Turut serta, beberapa agensi kerajaan turut bekerjasama menjayakan program tersebut seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pejabat Kesihatan Gemencheh, Pejabat Bomba dan Penyelamat Gemencheh dan Jabatan Perpaduan Gemencheh.

-AK

Tinggalkan komen anda