Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kawasan Rehat Bukit Jelutong di GCE Ditutup Empat Bulan

By 1 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Kawasan Rehat  Bukit Jelutong di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan ditutup selama empat bulan bermula 3 Ogos ini bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf kemudahan di situ dijalankan.

Dalam kenyataannya hari ini, operator lebuh raya PROLINTAS Expressway Sdn Bhd (PESB) berkata kerja-kerja menaik taraf itu adalah selaras dengan komitmen PROLINTAS untuk menyediakan perkhidmatan optimum kepada pengguna lebuh raya.

“Antara kemudahan yang akan terlibat ialah surau, kaki lima, tandas serta bilik persalinan bayi. Sehubungan itu, pengguna GCE dinasihatkan agar menggunakan kemudahan di kawasan Rehat dan Rawat Elmina (utara dan selatan) yang beroperasi seperti biasa,” demikian menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan menerusi talian khidmat pelanggan GCE di 1-300-88-0035 atau dapatkan perkembangan terkini melalui Twitter  @GCEtrafik atau www.prolintas.com.my dan Facebook PROLINTAS Highways.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda