Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pos Malaysia Gantung Sementara Mel, Bungkusan Antarabangsa dan EMS

By 1 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – POS Malaysia akan menghentikan sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Express Mail Service (EMS) ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura mulai 3 Ogos ini sehingga diberitahu kelak.

Dalam satu kenyataan, POS Malaysia memaklumkan langkah berkenaan diambil disebabkan impak COVID-19 yang mengakibatkan tahap sekatan yang berbeza di negara-negara destinasi terhadap penerbangan, penutupan lapangan terbang dan perkhidmatan rentas sempadan.

Maklumat terkini boleh didapati dari semasa ke semasa melalui laman web dan platform media sosial rasmi POS Malaysia.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui AskPos di www.pos.com.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda