Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Kibar Jalur Gemilang Tanggungjawab Bersama

By 11 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Sapar Sutir (Rembau)/Hairani Mahat (SMK Undang Rembau)

REMBAU, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020 peringkat SMK Undang Rembau berlangsung meriah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak Pejabat Pendidikan Daerah.

Majlis bertambah meriah lagi apabila sekolah menerima lawatan konvoi Info on Wheels (IOW) Merdeka dari Pejabat Penerangan Daerah Rembau yang singgah untuk menyampaikan mesej tentang program-program yang akan dilaksanakan sepanjang bulan kebangsaan tahun ini.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Rembau, Malini Md Yunos, objektif kempen Kibar Jalur Gemilang adalah untuk menaikkan semangat patriotisme dan sayangkan negara dikalangan rakyat.

“Hormati dan sayangilah Jalur Gemilang kerana ia bukan hanya selembar kain yang berkibar tetapi ia merupakan bendera yang menjadi titik persamaan kita sebagai rakyat Malaysia dalam mempamerkan nilai-nilai perpaduan dan amalan prinsip Rukun Negara,” katanya selepas melancarkan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah dan penyerahan Jalur Gemilang.

Menurut Pengetua SMK Undang Rembau, Jalaludin Dzulkafli, program IOW Merdeka ini amat bersesuaian untuk memupuk kesedaran orang ramai mengenai semangat patriotisme dan cintakan negara.

“Mengibarkan Jalur Gemilang dan memasangnya perlu mengikut tertib yang betul dan kempen Kibar Jalur Gemilang pada setiap tahun harus diteruskan tanpa lelah bagi menunjukkan taat setia dan bukti kecintaan terhadap tanah air kita.

“Terima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia di atas usaha berterusan mewar-warkan saranan mengibarkan Jalur Gemilang dan ini harus dipuji kerana setiap tahun banyak aktiviti dan program-program menyemarak dan menggelorakan sambutan bulan kebangsaan dibawakan kepada masyarakat oleh jabatan ini,” ujarnya lagi.

Hadir sama wakil Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Faizal Rabani.

-AK

Tinggalkan komen anda